Wednesday, October 6, 2010

tanyalah diri sendiri

selalu sangatlah kita melatah
terutama saat-saat genting
contoh yang paling sesuai
apabila diri dilanda masalah atau musibah
mulalah mulut kita gatal mempersoalkan
itu dan ini..kenapa dan kenapa
kenapa aku,kenapa tak orang lain
selalu juga kan kita cakap begitu
bukan selalu tapi setiap kali
ish..ish..ish..ish..
sekarang ini cuba anda tujukan soalan kenapa
kapada diri sendiri
kenapa anda jadi begini
kenapa mulut anda terlalu mudah dan ringan untuk berkata-kata
namun sayangnya bukan lafaz puji-pujian tetapi
seolah-olah tidak mahu menerima kehendak Allah
menolak takdir-Nya
sedangkan kawan-kawan
siapalah kita ini mahu mempertikaikan kuasa besar milik-Nya
siapakah kita?
anda sedar tak siapa diri anda?
cuba tanya pada orang di sekeliling anda
siapakah anda sebenarnya..
atau lebih tepat lagi
tanyalah diri sendiri
jawapan yang anda akan peroleh
adalah berdasarkan kesedaran anda akan identiti anda di bumi Allah ini
setuju atau tidak?
jika anda tahu siapa anda,
maka terjawablah soalan itu
betul atau tidak?
alhamdulillah setakat ini
saya masih sedar
dan semua yang saya garapkan ini
adalah di atas kesedaran saya sendiri
anda perlu faham,perlu buka mata,hati dan minda
ketahuilah bahawa hidup ini bukan milik kita
keran yang amat pastinya kita adalah bukan siapa-siapa
cuma kita dimiliki oleh-Nya

1 comment:

  1. kerana Allah sayang kan kita,sebab tu kita yang terpilih untuk trme ujian Nya..k? luv u too.... muuuuuuaah...hehehehe... (*_^)

    ReplyDelete